Monday, 29 July 2013




 DI MANA MALAYSIA KETIKA PEMBANTAIAN UMAT ISLAM MESIR????


Adakah malaysia bukan negara islam @ Malaysia hanyalah negara yang mempunyai rakyat islam?? Ketika umat islam Mesir di bantai oleh junta tentera yang zalim di bawah Al Sisi laknatullah, pemimpin Malaysia terus membisu dari memberi kenyataan tentang isu tersebut. Adakah pemimpin Malaysia takut kerana berada di bawah telunjuk Amerika @Yahudi ?? Umat islam yang rata-rata sensitif dengan isu ini mengundang rasa kurang senang atas sikap berdiam diri pemimpin Malaysia.

Turki mengepalai beberapa lain lantang mengutuk serangan yang mengorbankan lebih 300 penduduk Mesir baru-baru ini, tetapi situasi berbeza dipraktikkan Kerajaan Malaysia kerana masih membisu.
Baru-baru ini, tentera kerajaan sementara pimpinan Jeneral Abdel Fattah al-Sissi bertempur dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Dr Mohamamad Morsi dan ahli Ikhwanul Muslimin dalam perhimpunan aman di beberapa bandar di Mesir.


DIMANAKAH KAMU PEMIMPIN ISLAM MALAYSIA?? BUKAN DUDUK , BERIDAM TANPA MENGETAHUI BAHAWA DIRIMU AKAN DI TANYA DI HADAPAN ALLAH MENGENAI TINDAKAN KAMU SEBAGAI PEMIMPIN TERHADAP SAUDARA ISLAM KAMU, KERANA KAMU TELAH DI BERI KUASA...... 

ADMIN- UITM MINANG-

No comments:

Post a Comment