Thursday, 28 November 2013

Ahli lembaga UiTM yang baru

Beribu- ribu Tania....


Khas buat warga UiTM sekalian.


Sungguh bangga sebagai warga UiTM menerima ahli lembaga pengarah yang baru.

iaitu....

Pak Brahim Ali...si katak tu oii...
Apa kelayakan dia sampai dikurniakan darjat kebesaran sebegini rupa...kah kah kah...

Apa pun...tahniah la ye....




suka sangat...mcm comel je mcm santik je...

admin sakit otak

Agenda memperbodohkan mahasiswa besar-besaran [siri 1]





PRK pulak

Admin nak komen pasal PRK UiTM  kali ni.. Apa yang admin tgk dalam PRK kali adalah seolah percaturan besar-besaran sedang berlaku. Macam ada tangan-tangan ghaib mcm PRK UIA sesi lepas. 

Mulai dengan tiada pengumuman calon MPP di setiap fakulti masing-masing. Mungkin mereka sudah ada "calon-calon" mereka sendiri.

Proses pemilihan yang begitu ketat sehinggakan 3-5 kem Biro TataNegara(BTN) yang perlu dihadiri oleh bakal calon MPP. Dahsyat.... Mungkin dengan tujuan penapisan agar tiada unsur-unsur pembangkang dalam pemilihan MPP akan datang....

Sehingga tarikh pengundian, banyak fakulti telah menang tanpa bertanding. Ini amat membingungkan mahasiswa kerana tiada notis dikeluarkan. Tup- tup..eh da menang tanpa bertanding ke......

Ada 1 entiti dibelakang tabir yang membuat caturan sehingga jadi begini...

jawapannya adalah IPM.
Apa itu IPM???? Siapakah dia IPM?? Agenda apakah yang dibawa oleh IPM??

Next post admin sakit jiwa akan jawab..NANTIKANNNNN.....




Agenda memperbodohkan mahasiswa siri 1...

banyak lagi siri ni cekk oii...

  


-admin sakit jiwa-
khas untuk UITM Pulau Pening...kuang kuang kuang....








Saturday, 2 November 2013

Karisma oh Karisma 2013

Kali ini pasal KARiSMA(Karnival Sukan Mahasiswa) 2013..

Apa yang aku tengok KARiSMA Terengganu kali ni mempertandingkan banyak sukan-sukan baru seperti raqbi pantai,futsal pantai, sepak takraw pantai dan semua yang melibatkan pantai la.

Ada beberapa isu yang admin tengok tidak sepatutnya berlaku dan memberi kesan buruk kepada banyak pihak.

Isunya adalah peserta wanita dalam acara sukan pantai tidak dibenarkan memakai stokin dimana munurut Islam, tuntutan aurat wanita adalah sampai ke kaki. Ini bercanggah dengan objektif KARiSMA yang ke-4 iaitu membina serta meningkatkan pengetahuan dan amalan kesukanan bagi pembentukan sahsiah dan pembangunan pelajar


Diharap pihak pengurusan UITM amnya dan unit sukan UITM khususnya dapat bermuhasabah dalam perkara ini.

*Jangan pula dikatakan dalam bersukan tidak perlu untuk menutup aurat. Juga jangan pisahkan Islam itu dengan sukan. kerana majoriti pelajar UiTM ini adalah Melayu yang beragama Islam.

*Peserta lelaki dalam acara takraw pantai boleh plak pakai stokin..jeng

 



Btw, tahniah kepada mereka yang menang..
Sekian
-admin sakit otak-

Wednesday, 21 August 2013

UITM=BN @ UMNO

UITM=BN @ UMNO

  • Exco: Kenyataan NC UiTM 'dangkal, memalukan'
  • Abdul Rahim Sabri | 1:12PM Jun 21 2013
  • Seorang anggota Exo kerajaan Pulau Pinang menyelar Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab apabila mengakui secara terbuka bahawa universiti tersebut menyokong BN dan Umno.
    NONEExco Kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (kiri) yang juga exco AMK Pusat berkata kenyataan Sahol itu juga "memalukan, dangkal serta menjatuhkan reputasi UiTM" sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini.

    "Sebagai seorang ahli akademik yang bertanggungjawab mengetuai pentadbiran dan pengurusan UiTM, Dr Sahol Hamid tidak sewajarnya mengaitkan nama UiTM dalam mencahirkan dukungan politik beliau terhadap Umno-BN.

    "UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi seharusnya dilihat berwibawa dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik," kata lulusan UiTM dalam jurusan perubatan itu.
    Naib ketua AMK Pulau Pinang itu mengulas kenyataan Sahol dalam dalam wawancara yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam, yang secara terbuka mengakui bahawa institusi pendidikan yang dipimpinnya menyokong BN dan Umno.

    Beliau berkata hanya parti pemerintah itu dapat menjamin masa depan bumiputera dalam negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.

    Sehubungan itu, Dr Afif yang juga ADUN Seberang Jaya menggesa Sahol supaya bersikap profesional dan berhenti menggunakan UiTM demi memenuhi kepentingan politik Umno-BN.

    "Beliau sewajarnya menumpukan usaha dan komitmen dalam membangunkan kapasiti intelektual pelajar-pelajar UiTM serta menambahbaik mutu dan pencapaian UiTM supaya mampu bersaing secara lebih kompetitif di peringkat global," katanya.


 link: http://m.malaysiakini.com/news/233584
Admin merasakan kredibiliti uitm sebagai sebuat intitusi pengajian tinggi awam yang 1 ketika dulu melahirkan ramai permata-permata tanah air kini dicalar dengan 1 kenyataan agak dangkal dari kepimpinan universiti tersebut. .......

admin
-pistol kaku-


Monday, 19 August 2013



INIKAH YANG KITA MAHU???
APAKAH INI????

Kesian melihat masyarakat melayu ISLAM di jajah , di tipu dengan pelbagai hiburan... owh, mungkin konsert tu untuk bukan islam kot... BODOHHH.... perkataan itu yang boleh di beri kepada dari yang menganjur sampai penontonnya, tak kire, penyokong ke, peminat ke, yang melulus ke, semua sama.. inilah yang mereka mahu tengok.. umat islam melayu terus hanyut ... ketika umat islam, saudara seislam mereka di bantai, di bunuh, di rogol, di tembak, kita masih berhibur, dengan korea nya, dengan konsert nya... owh..mungkin konsert amal kot... mereka semua di sana melaung dengan tangisan mengharapkan bantuan Allah, mengharapkan sedikit belas untuk mengecapi keamanan, kita di sni, melaung kegembiraan, melaungkan rasa seronok ... kita nantikan berapa yang hadir ke konsert tersebut dan kita tengok berapa ramai anak muda yang bakal memimpin negara 1 masa nanti ..adakah sama tidak boleh pakai.... admin mengharapkan , anak muda khususnya, sudah tiba masanya kita bersiap untuk "masa" itu nanti... adakah kalian akan trus hanyut?? adakah kalian akan terus tidur?? adakah kalian masih menonton filem korea yang menghiburkan hati kalian?? fkir kan....apakah esok, andai Allah bertanya kepada mu, apa yang kamu buat untuk islam, kite terkelu mencari jawapan yang tiada.... OH MALAYSIAKU, ISLAM APAKAH KAMU WAHAI PEMIMPIN......???? 

APAKAH BUTA KAH KAMU WAHAI RAKYAT MALAYSIA??
APAKAH BUTA KAH KAMU WAHAI ANAK MUDA??
KETIKA PEPERANGAN ITU BERLAKU, DI BAHAGIAN MANAKAH KAMU??DI TEMPAT TENTERA DAJJAL, ATAU PON DI TEMPAT TENTERA ISLAM?? ADAKAH KAMU LAYAK???


ADMIN
- PISTOL KAKU-







Wednesday, 14 August 2013

ISU AMBANG MERDEKA.....


Dimana pendirian MPP UITM PULAU PINANG???

Di mana jawapan dari pihak yang di beri tanggungjawab untuk merencanakan program malam ambang kemerdekaan nanti?? adkah masih berfkir di bawah tempurung sendiri??, adakah masih berdebat ?? atau masih tidur??

sedih melihat pemikiran mahasiswa yang bergitu sempit, tanpa memikirkan apa yang di lontarkan dari benak fikiran mereka dalam memberi pendapat.


lihat... inilah mahasiswa islam.. ape yang cube admin sampaikan adakah barah menolak program islam ini kian menjangkiti mahasiswa?? admin tidak berpihak kepada sesiapa, cumanya melihat generasi muda kini sudah pandai menolak program -program bergini?? siapa yang mendidik??
adakah merdeka itu di letekkan atas dasar bangsa, sedangkan yang memasakkan api perjuangan kemerdekaan itu golongan ulama seperti, tok janggut, tok bahaman, mat kilau, MEREKA BUKAN PAHLAWAN, TAPI ULAMA !!! ULAMA YANG MELAHIRKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN...

apa yang admin nantikan ialah jawapan pihak berkaitan dengan isu ini... di mana jawapan anda MPP.. kami tunggu program apa yang anda rencanakan..... salam aidilfitri......

admin
uitm minang
Ramadhan kian berlalu, akan tetapi manusia bernama islam terus tidak berubah... mungkin manusia yang bernama islam itu sudah tertelan asap dakhnum...pelbagai cerita , watak yang dapat kita saksikan bersama di dada akhbar...kes-kes yg dapat di saksikan di mana munculnya "hero-hero" yang ingin tampil kedepan berkaitan isu agama islam di hina sedangkan sudah lama agama islam di hina di negara kita yang aman nie... adakah Malaysia sudah menjadi negara koboi?? nyawa ibarat tiada harga dek kerana dendam @ dasar busuk hati manusia.. di mana silapnya?????



1) isu penghinaan agama islam.

kesabaran , jati diri umat islam khususnya islam di Malaysia kian di carik - carik akibat dari isu penyebaran gambar pasangan bukan islam yang  kurang cerdik, pandai yang mengandungi ucapan selamat berbuka dengan makanan yang tidak halal. Ramai yang mencemuh,  melontarkan pendapat, berceramah tidak kurang juga yang mencarut bagai dapat di lihat di dalam kes ini . Tidak kurang juga penyebaran video berdurasi beberapa minit mengenai hari raya bersama anjing. .. wahhh, bertapa sensitivnye umat islam di malaysia ini ketika itu... akhirnya pasangan sarkas tersebut di tahan dan di adili dengan seadilnye dan di beri amaran keras oleh pihak kerajaan ..Bagi admin sendiri, tidak kisah lah masyarakat ingin memelihara haiwan apa sekalipun, namun mengetahui akan sensitifnya sesetangah perkara itu maka tidak perlulah menyebabkan orang lain bertengkar kerana kurangnya siukap tidak ambil peduli kita terhadap sensitivity agama. Sedang Mesir, syirai dan palestin  bergolak, pembunuhan umat Islam dan ummah ditindas, isu remeh seperti ini mengecewakan jika terlalu dilayan. Admin pasti ada sebab Tuhan ‘menjentik’ umat Islam Malaysia dengan insiden sebegini, salah satunya menurut admin adalah demi membuktikan bahawa umat islam khusunya Malaysia KHususnya MAHASISWA kurang kefahamanya tentang agama, betapa kurangnya mengenal Allah, betapa ceteknya dan jahilnya manusia muslim itu jika tidak mengenal Allah.... fikirkan wahai MAHASISWA...

Tidak kurang lepas itu, isu Miss Malaysia World. Makin teruji jati diri rakyat Malaysia. 1 persoalan yang menarik apabila 4 org ratu cantik itu melontarkan pertanyaan yang agak menarik , GM174 cuba ketengahkan berkaitan, "kenapa sukan gimnastik atau renang yang lebih seksi pemakaiannya boleh, kami pula peserta ratu cantik tak boleh.??di panaskan lagi dengan mereka cuba mempertikaikan keputusan daripada pihak yang berwajib tentang pengharaman penyertaan wanita muslim Malaysia dalam acara ratu cantik tersebut.. sungguh memalukan.. Isu ini kian hangat apabila kenyataan balas di keluarkan oleh seorang yang agak berkebolehan dalam usianya yang muda dalam kementerian belia dan sukan apabila isu ini di kaitkan dengan beberapan acara sukan yang mendedahkan aurat  atlet wanita muslim Malaysia... isunya ADAKAH ISU INI BERKAITAN DENGAN ACARA TERSEBUT SEPERTI GIMNASTIK DLL, DAN ADAKAH IA JUGA BERKAITAN DENGAN PENGharaman TERSEBUT?? COME ON HERO, WHERE ARE YOU.....

2) 
Ibarat malang tidak berbau bagi rakyat Malaysia kini....Kes tembakan misteri kian menjadi - jadi dalam kalangan rakyat Malaysia.. ADAKAH ISU KESELAMTAN KINI DI POLITIKKAN??.. bagaikan ada sesuatu yang ingin di selindung oleh sesuatu pihak mengenai perkara ini.. tembakan langsung tanpa di beri amaran, nyawa melayang bagaikan awan terbang..begitu senang jiwa, dan nyawa rakyat di taruhkan oleh sesetengah pihak..kebnyakkan tidak bermotif, yg sedang makan, sedang membawa kereta, yang berjalan pon kini sudah tidak di jamin keselamatan.... isunya sekarang, MASIH AMANKAH MALAYSIA seperti yang di momokkan oleh sesetengah pihak???

Apa yang cuba admin sampaikan kali ini , semua iuni berkaitan dengan kebolehan, dan pengurusan sesebuah kerajaan demi menjamin kesejahteraan rakyat tidak kira islam @ tidak. Adakah masih buta dengan tawaran Allah @ kewajipan pemerintah yang harus di lakukan setelah di beri mandat..??
Rakyat memerlukan solusi yang boleh diterima oleh semua pihak tanpa mengira agama(isu sensitivity agama) dan bukan lagi tindakan menunggu sesuatu isu timbul barulah merawat, adalah lebih baik garis panduan mengenai tahap sensitivity agama dibincangkan bersama, baik yang melibatkan media mahupun perlakuan-perlakuan individu dalam masyarakat. Rakyat terus menafsir kebolehan kepimpinan kerajaan melalui insiden-insiden diatas untuk memastikan amanah ditunaikan dan kebajikan rakyat terjaga. 

Saya tidak bersetuju dengan saranan sesetengah pihak termasuk menteri yang mahu mengembalikan Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) sebagai penyelesaian kepada kes-kes pembunuhan bersenjata dan kes sensitiviti agama yang meruncing sekarang.
Sedangkan matlamat kewujudan kedua2 undang-undang tersebut adalah bagi menjaga kedaulatan perlembagaan dan membanteras kegiatan fahaman komunis di negara kita suatu masa dahulu.
Tambahan lagi, pelaksanaan ISA yang menahan orang tanpa bicara adalah bertentangan dengan prinsip kemanusiaan dan prinsip keagamaan.
Fitrah manusia mahukan keadilan dan prinsip undang-undang bahawa 'semua orang adalah tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah' adalah prinsip yang dipegang oleh semua manusia dan islam.
Adalah pelik bagi kerajaan yang mahukan ISA dan EO ini dikembalikan dengan prinsip-prinsip menzalimi ini.
Apakah kerajaan mahu penembak itu ditahan, dipenjara selama 60 hari, dipaksa mengaku dan dinafikan hak untuk diwakili oleh peguam, serta dikenakan seksaan-seksaan dipenjara?
Kenapakah payah untuk kerajaan ini untuk memperkenalkan undang-undang Qisas atau kalau tak mahu nama itu, tukarkan kepada nama lain. yang penting konsepnya sama.
Qisas adalah undang-undang yang memberikan hak kepada mangsa dan keluarga mangsa bunuh atau yang tercedera untuk memaafkan atau dihukum dengan perbuatan yang sama. Hak kerajaan hanya pada menjalankan hukuman.


OHHH MALAYSIA KU??
WAHAI MAHASISWA....


salam aidilfitri dari admin GM174 ......maaf zahir batin..

admin-uitm minang-